Monday 17 March 2014

15-03-2014

ASSALAMUALAIKUM

bersama mu utk selamanya.....




Thursday 13 March 2014

Assalamualaikum

14.03.2014.
Tika sya terpandang sepasg suami istri berjalan aku teringatkan sayang,ketika mencuci kereta dan
membuka laptop saya sentiasa teringatkan sayang.dan seakan-akan sayang sentiasa di sisiku.
DOAku untuk sayang sentiasa saya panjatkan untuk sayang.dan paling aku rindu sayang di saat sayang
mengajar aku membaca surah2 AL-Quran.
Ya allah terima kasih untk semuanya.




Wednesday 12 March 2014

Assalamualaikum, dan selamat petang

12.03.2014 hanya tinggal nama dan kenangan.
hanya mampu ku berdoa padamu yang bernama allah s.w.t.
walaupun hanya empat tahun lima bulan tuhan telah pinjamkan aku padanya,aku rasa bersyukur
mungkin e2 sudah takdir ku. dan ujian yg tuhan berikan pada ku


Tuesday 4 March 2014

ASSALAMUALAIKUM

Hari nie saya nak kongsi dengan semua member2 g-mail sesiapa yang berminat dengan dunia
fesyen jom join jadi  member  SOPHIE PARIS :-


Monday 3 March 2014


Assalamualaikum.

 zasssssssssss... singga jap kat blog pening sangat2 wt kastam tax utk syarikat nie......dalah perut
nie lapar...x sabar nie tunggu jam 12.nak pecut pi makn...

tak sabar nak makn nie...hihi


ASSALAMUALAIKUM.


Dalam diam, kita menyendiri sambil melihat langit yang membiru, bergerombolan awan-awan putih yang menghiasi alam bergerak perlahan-lahan menuju ke satu destinasi.
Ketika itu, mesti kita cuba merenung diri kita sendiri bukan. Bertanya kepada diri sendiri apa yang telah kita lakukan. Samada baik atau sebaliknya.
Ingatlah wahai saudaraku, bahawa sesungguhnya kita bukan bersendirian di muka bumi ini. Ada yang menemani anda dikala anda suka dan duka. Dia sangat menyayangi kita walaupun diri anda dibenci orang.
Dia selalu menegur kita, memberi kita petunjuk dengan kata-kata yang indah dari Al-Quran. Hati yang keras pun akan menjadi lembut pabila diberikan bacaan yang indah.
Bersedih kerana berseorangan itu adalah normal bagi setiap manusia kerana manusia sendiri memerlukan teman. Tetapi ingatlah bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan anda, lebih dekat dari segala-galanya. Perhatikan betul-betul alam ini dan anda pasti kembali tersedar, bahawa penolong anda ialah Allah, dan segala-galanya yang anda ingatkan ialah Allah swt. Tuhan yang Maha Agung. Kembalilah kepadanya.
Banyak sebab mengapa kita diberikan keseorangan. Salah satunya, supaya kita kembali semula kepadaNya, belajar dari muhasabah diri. Allah sayangkan kita semua, tidak ada satupun dari tindakanNya yang tidak memberi manfaat kepada kita.
Mungkin dari keseorang seketika ini, kita menjadi lebih kuat, tidak mudah berputus asa dan lebih mendekatkan hati kita kepadaNya. InsyaAllah, kesunyian keseorangan yang di lalui ini pasti akan menemui penghujung jalan yang bercahaya, amin..=)