Monday 3 March 2014



ASSALAMUALAIKUM.


Dalam diam, kita menyendiri sambil melihat langit yang membiru, bergerombolan awan-awan putih yang menghiasi alam bergerak perlahan-lahan menuju ke satu destinasi.
Ketika itu, mesti kita cuba merenung diri kita sendiri bukan. Bertanya kepada diri sendiri apa yang telah kita lakukan. Samada baik atau sebaliknya.
Ingatlah wahai saudaraku, bahawa sesungguhnya kita bukan bersendirian di muka bumi ini. Ada yang menemani anda dikala anda suka dan duka. Dia sangat menyayangi kita walaupun diri anda dibenci orang.
Dia selalu menegur kita, memberi kita petunjuk dengan kata-kata yang indah dari Al-Quran. Hati yang keras pun akan menjadi lembut pabila diberikan bacaan yang indah.
Bersedih kerana berseorangan itu adalah normal bagi setiap manusia kerana manusia sendiri memerlukan teman. Tetapi ingatlah bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan anda, lebih dekat dari segala-galanya. Perhatikan betul-betul alam ini dan anda pasti kembali tersedar, bahawa penolong anda ialah Allah, dan segala-galanya yang anda ingatkan ialah Allah swt. Tuhan yang Maha Agung. Kembalilah kepadanya.
Banyak sebab mengapa kita diberikan keseorangan. Salah satunya, supaya kita kembali semula kepadaNya, belajar dari muhasabah diri. Allah sayangkan kita semua, tidak ada satupun dari tindakanNya yang tidak memberi manfaat kepada kita.
Mungkin dari keseorang seketika ini, kita menjadi lebih kuat, tidak mudah berputus asa dan lebih mendekatkan hati kita kepadaNya. InsyaAllah, kesunyian keseorangan yang di lalui ini pasti akan menemui penghujung jalan yang bercahaya, amin..=)

No comments:

Post a Comment